PENGENALAN
Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) nama asalnya ialah Yayasan Permodalan Guru Kebangsaan (YPGKB) telah diperbadankan pada 07 Mac 1994 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai ‘Syarikat Berhad Menurut Jaminan’ tidak mempunyai saham. Hasrat penubuhan YGMB adalah untuk menyatukan dan menggembleng seluruh warga pendidik dan anggota Perkhidmatan Pelajaran Malaysia ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajikan yang akan menjadi wahana penting bagi meningkatkan martabat dan maruah warga pendidik. YGMB dengan pengurusan yang dipengerusikan oleh Y. BHG. TAN SRI DATO’ HJ. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM mulai 16 Mei 2008 telah melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan dalam usaha memperkenalkan produk-produk baru untuk kebajikan para guru disamping menyusun semula struktur organisasi YGMB. YGMB juga telah menyahut seruan kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan mewujudkan Indeks Penilaian Prestasi (KPI) yang perlu diikuti oleh pegawai dan kakitangan YGMB serta anak-anak syarikat dengan tujuan untuk penambahbaikan, pemantapan dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran YGMB. Sehingga kini YGMB telah berjaya melunaskan semua permohonan Derma Tabung Kebajikan. Semua bayaran Derma Tabung Kebajikan dibayar terus ke dalam akaun bank ahli.
OBJEKTIF Memberi khidmat bantuan kepada ahli-ahli YGMB apabila memerlukan bantuan khususnya dari segi rawatan atau pun bantuan keluarga ahli yang meninggal dunia. Sumbangan derma insentif pelajaran kepada ahli-ahli YGMB atau anak - anak yang melanjutkan pengajian di universiti peringkat Ijazah yang diiktiraf oleh JPA.
VISI
|
Organisasi penyayang dan berwibawa dari guru untuk guru demi martabat profesion keguruan.
|
MISI
|
v Mengadakan kebajikan, bantuan serta kemudahan untuk guru.
v Menjana sumber kewangan untuk mengukuhkan dana kebajikan guru
v Meningkatkan kualiti profesionalisme guru
|